Friday, October 9, 2015

Pengalaman Temuduga Biasiswa USM Fellowship

Assalamualaikum & Salam sejahtera.


Hai semua :)

Seperti yang saya janjikan, kali ini saya nak kongsikan pengalaman temuduga biasiswa pertama saya untuk MSc. Biasiswa ini adalah tajaan dari Universiti Sains Malaysia di bawah skim USM fellowship. USM fellowship ini tak sama ya dengan RLKA (Rancangan Latihan Kakitangan Akademik) USM. USM fellowship ini adalah tajaan yang diberikan oleh pihak USM kepada pelajar yang akan/sedang menyambung pelajaran peringkat MSc atau PhD di dalam USM. Manakala RLKA adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar tajaannya di peringkat MSc atau PhD di universiti selain USM. Biasiswa USM fellowhip tidak menawarkan peluang pekerjaan tetap kepada pelajar tajaannya tetapi pelajar yang mendapat tajaan RLKA akan diserap menjadi kakitangan tetap (pensyarah) di USM selama 10 tahun.

Kenapa saya tidak memilih RLKA? Perkara utama yang bermain di fikiran saya ialah sekiranya saya mendapat tawaran RLKA maka saya perlu berkhidmat di USM iaitu di Pulau Pinang atau di Kelantan (saya taknak jauh dari family..hehe), sebab itu RLKA bukan pilihan saya.

Ok berbalik pada cerita utama ya. Ketika saya memohon skim USM fellowship ini, saya masih bekerja di Pusat Genom Manusia secara kontrak sebagai pembantu penyelidik (RA). Disebabkan pada masa itu saya amat-amat memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk MSc saya, jadi pilihan yang ada ialah USM Fellowship. Mesti ada yang tertanya kenapa saya tidak memohon biasiswa KPT seperti MyBrain (untuk MSc). Jawapan saya adalah, saya mohon MyBrain dan permohonan MyBrain saya lulus tetapi MyBrain hanya menaja yuran pengajian sahaja dan tiada bantuan kewangan bulanan. Tiada bantuan kewangan bulanan amatlah sukar bagi pelajar pengajian penyelidikan sepenuh masa seperti saya. Saya juga memohon biasiswa FELDA, seperti juga MyBrain permohonan saya diluluskan tetapi biasiswa FELDA hanya menaja yuran pengajian sahaja.

Semasa hari temuduga, saya dan beberapa orang candidates (4 orang semuanya) dipanggil serentak masuk ke dalam bilik khas temuduga. Maksudnya temuduga ini adalah temuduga secara kumpulan, bukan secara individual. Kami dipersilakan duduk oleh panel dan seramai 10 orang panel berada di dalam bilik tersebut (agak ramai). Panel-panel terdiri daripada orang-orang berjawatan penting di USM seperti Timbalan Dekan Penyelidikan, Timbalan Dekan Students and Affairs dan ramai lagi yang saya masih kurang kenal pada masa itu.    

Temuduga kami dimulakan dengan sesi pengenalan diri (temuduga in English ya) oleh semua candidate. Oleh kerana ini adalah temuduga biasiswa pertama saya, saya agak kurang berpengalaman dan mengalami masalah gugup tidak terkawal (as usual control your nervous attack!). Antara soalan yang ditanya oleh panel adalah:

1. What is your future plan regarding study?
2. What do you understand about USM Fellowship?
3. Explain a little bit of your research proposal (candidate perlu mempunyai research proposal berkaitan bidang yang berkenaan sekiranya ingin memohon biasiswa ini).
4. What is the biggest issue happening now in USM? (Masa ini semua candidate tak tahu nak jawab apa)

Soalan yang ditanya tidak banyak memandangkan ini adalah temuduga berkumpulan. Tapi perlu diingatkan, temuduga ini mengambil kira:
 
1. Cara candidate explain and justify mengenai research proposal.
2. Personaliti dan tahap keyakinan candidate.
3, Kesediaan candidate menyambung pengajian di USM.
4. Dan lain-lain yang relevant.

Sebelum sesi temuduga berakhir, semua candidate diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan kepada panel. Temudaga kami boleh dikatakan berlangsung selama 1 jam 30 minit. 

Sedikit pencerahan mengenai skim USM Fellowship ini bagi yang berminat:

1. Permohonan adalah secara atas talian (online) dan kebiasaanya permohonan dibuka pada bulan april dan juga oktober setiap tahun.
2. Bakal pelajar mesti mempunyai research proposal.
3. USM akan menaja yuran pengajian dan yuran peperiksaan pelajar selama 2 tahun.
4. Tahun pertama, pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1500.00 bagi MSc dan RM2300.00 untuk PhD.
5. Tahun kedua, pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1800.00 bagi MSc dan RM2500.00 untuk PhD.
6. Sebagai ganjaran kepada USM, pelajar tajaan mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 1 artikel/journal mengenai bidang yang berkaitan dan berwasit setiap tahun (maksudnya 2 journal/artikel pada tahun kedua).  

Itu sahajalah pengalaman saya temuduga USM fellowship. Semoga catatan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca. Next entry saya akan ceritakan apa keputusan temuduga ini ya. Happy readings!


With Love,
Shakila Ashari



 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. RLKA tu macam mana ya nk memohon?..sya search caranya x jumpa

    ReplyDelete