Friday, October 9, 2015

Pengalaman Temuduga Biasiswa USM Fellowship

Assalamualaikum & Salam sejahtera.


Hai semua :)

Seperti yang saya janjikan, kali ini saya nak kongsikan pengalaman temuduga biasiswa pertama saya untuk MSc. Biasiswa ini adalah tajaan dari Universiti Sains Malaysia di bawah skim USM fellowship. USM fellowship ini tak sama ya dengan RLKA (Rancangan Latihan Kakitangan Akademik) USM. USM fellowship ini adalah tajaan yang diberikan oleh pihak USM kepada pelajar yang akan/sedang menyambung pelajaran peringkat MSc atau PhD di dalam USM. Manakala RLKA adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar tajaannya di peringkat MSc atau PhD di universiti selain USM. Biasiswa USM fellowhip tidak menawarkan peluang pekerjaan tetap kepada pelajar tajaannya tetapi pelajar yang mendapat tajaan RLKA akan diserap menjadi kakitangan tetap (pensyarah) di USM selama 10 tahun.

Kenapa saya tidak memilih RLKA? Perkara utama yang bermain di fikiran saya ialah sekiranya saya mendapat tawaran RLKA maka saya perlu berkhidmat di USM iaitu di Pulau Pinang atau di Kelantan (saya taknak jauh dari family..hehe), sebab itu RLKA bukan pilihan saya.

Ok berbalik pada cerita utama ya. Ketika saya memohon skim USM fellowship ini, saya masih bekerja di Pusat Genom Manusia secara kontrak sebagai pembantu penyelidik (RA). Disebabkan pada masa itu saya amat-amat memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk MSc saya, jadi pilihan yang ada ialah USM Fellowship. Mesti ada yang tertanya kenapa saya tidak memohon biasiswa KPT seperti MyBrain (untuk MSc). Jawapan saya adalah, saya mohon MyBrain dan permohonan MyBrain saya lulus tetapi MyBrain hanya menaja yuran pengajian sahaja dan tiada bantuan kewangan bulanan. Tiada bantuan kewangan bulanan amatlah sukar bagi pelajar pengajian penyelidikan sepenuh masa seperti saya. Saya juga memohon biasiswa FELDA, seperti juga MyBrain permohonan saya diluluskan tetapi biasiswa FELDA hanya menaja yuran pengajian sahaja.

Semasa hari temuduga, saya dan beberapa orang candidates (4 orang semuanya) dipanggil serentak masuk ke dalam bilik khas temuduga. Maksudnya temuduga ini adalah temuduga secara kumpulan, bukan secara individual. Kami dipersilakan duduk oleh panel dan seramai 10 orang panel berada di dalam bilik tersebut (agak ramai). Panel-panel terdiri daripada orang-orang berjawatan penting di USM seperti Timbalan Dekan Penyelidikan, Timbalan Dekan Students and Affairs dan ramai lagi yang saya masih kurang kenal pada masa itu.    

Temuduga kami dimulakan dengan sesi pengenalan diri (temuduga in English ya) oleh semua candidate. Oleh kerana ini adalah temuduga biasiswa pertama saya, saya agak kurang berpengalaman dan mengalami masalah gugup tidak terkawal (as usual control your nervous attack!). Antara soalan yang ditanya oleh panel adalah:

1. What is your future plan regarding study?
2. What do you understand about USM Fellowship?
3. Explain a little bit of your research proposal (candidate perlu mempunyai research proposal berkaitan bidang yang berkenaan sekiranya ingin memohon biasiswa ini).
4. What is the biggest issue happening now in USM? (Masa ini semua candidate tak tahu nak jawab apa)

Soalan yang ditanya tidak banyak memandangkan ini adalah temuduga berkumpulan. Tapi perlu diingatkan, temuduga ini mengambil kira:
 
1. Cara candidate explain and justify mengenai research proposal.
2. Personaliti dan tahap keyakinan candidate.
3, Kesediaan candidate menyambung pengajian di USM.
4. Dan lain-lain yang relevant.

Sebelum sesi temuduga berakhir, semua candidate diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan kepada panel. Temudaga kami boleh dikatakan berlangsung selama 1 jam 30 minit. 

Sedikit pencerahan mengenai skim USM Fellowship ini bagi yang berminat:

1. Permohonan adalah secara atas talian (online) dan kebiasaanya permohonan dibuka pada bulan april dan juga oktober setiap tahun.
2. Bakal pelajar mesti mempunyai research proposal.
3. USM akan menaja yuran pengajian dan yuran peperiksaan pelajar selama 2 tahun.
4. Tahun pertama, pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1500.00 bagi MSc dan RM2300.00 untuk PhD.
5. Tahun kedua, pelajar akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1800.00 bagi MSc dan RM2500.00 untuk PhD.
6. Sebagai ganjaran kepada USM, pelajar tajaan mestilah menghasilkan sekurang-kurangnya 1 artikel/journal mengenai bidang yang berkaitan dan berwasit setiap tahun (maksudnya 2 journal/artikel pada tahun kedua).  

Itu sahajalah pengalaman saya temuduga USM fellowship. Semoga catatan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca. Next entry saya akan ceritakan apa keputusan temuduga ini ya. Happy readings!


With Love,
Shakila Ashari



 

Thursday, October 8, 2015

Contact Me

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua :)

If you have any comments or questions please do not hesitate to contact me.

Please feel free to call me at my email zaidatulshakila@gmail.com , if you require to further information.

I would be grateful if you would to get in touch with me :) 

Tuesday, October 6, 2015

Pengalaman Temuduga Tenaga Pengajar Muda UiTM

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera 


Hai semua :)

Post ini saya nak cerita pengalaman ditemuduga oleh Universiti untuk biasiswa tenaga pengajar muda (TPM). Temuduga ini sudah lama dah (tahun 2011) tapi saya cerita sebagai panduan kawan-kawan yang berminat dengan skim ini. Manalah tahu boleh diguna pakai kemudian hari.

Ok, nak buat apa dengan biasiswa? Haaa, BIASISWA ini PENTING sekiranya awak mahu menyambung pelajaran ke peringkat tinggi, Master atau PhD, sebab kedua-dua peringkat ini sangat-sangat memerlukan belanja yang agak besar berbanding semasa belajar di peringkat sijil, matrikulasi, diploma atau ijazah sarjana muda. Guna duit sendiri boleh je tapi sekiranya awak nak sambung dalam bidang penyelidikan dan sepenuh masa (kalau penyelidikan dan sepenuh masa ini paling cepat 3 tahun) jenuh juga nak fikir duit nanti. Ini merupakan pengalaman temuduga biasiswa universiti saya yang kedua. Yang pertama saya belum cerita lagi, nanti di next entry saya cerita ya!

Sebelum saya dapat peluang temuduga TPM ni sebenarnya ada juga saya mohon di tempat lain. Contohnya UPSI dan USIM, tapi tak ada rezeki di tempat tu. Biasiswa UIA saya cuba juga tapi saya tak jumpa link untuk mohon, USM saya tak mohon sebab saya taknak kerja di Pulau Pinang atau Kelantan (hehehe), UNIMAS lagi jauh. 

Cari punya cari, tiba-tiba dalam bulan Disember atau Januari (ingat-ingat lupa) saya dapat panggilan telefon dari UiTM. Empunya yang bercakap dengan saya tu staf UiTM lah ofkos, dan saya dijadualkan untuk menghadiri sesi temuduga TPM pada hari khamis di Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam. Masa tu, saya punyalah excited, lepas perbualan telefon tu tamat terus bangun meloncat! Dan saya ada masa seminggu untuk membuat persedian temuduga. Saya kena sediakan slide untuk "mock teaching" berkaitan bidang yang saya pohon. Saya mohon bidang Genetics, since masa ini saya sedang bekerja sebagai pembantu penyelidik (RA) di Pusat Genom Manusia, USM Kubang Kerian Kelantan, ilmu genetik sedang berkembanglah kiranya masa ni. Debar dalam hati Tuhan saja yang tahu, yelah dah lama tak present depan panel-panel interviewers. Malam tu juga saya call kawan saya, Juli. Kebetulan Juli memang orang Klang, Klang dan Shah Alam tak berapa jauh, dengan harapan Juli sudi tumpangkan saya satu malam, dan Juli kata "Ya u may stay in my house"..yahuu setel tempat duduk. Seminggu juga itulah saya buat persediaan mental dan fizikal, hari-hari baca newspaper, hari-hari baca artikel dan journal berkaitan genetik.

Ok, hari yang ditunggu sudah pun tiba, pagi sebelum temuduga tu Juli tolong hantar pergi UiTM Shah Alam (sampai harini still rasa terhutang budi dengan Juli) betul-betul di depan Fakulti Sains Gunaan. Memandangkan saya kali pertama jejak kaki di Fakulti ni, rasa cuak juga. Tak tahu mana satu tempat temuduga tu. Setelah beberapa kali tawaf, jumpa juga akhirnya bilik khas temuduga. Masa itu, adalah beberapa orang sedang menunggu, mungkin juga seperti saya, menanti giliran untuk ditemuduga. Waktu saya ditemuduga pukul 10, jam masa itu baru pukul 9, saya ada masa lagilah untuk baca newspaper harini. Sementara menanti,sempat juga saya berborak dengan candidates yang lain. Rata-rata hebat, ada yang dari UPM, UKM, Uni Australia, pekerja sektor awam dan semuanya ada basic genetics dan mungkin memang pro dalam genetics. Ada juga yang mohon bidang lain. adalah dalam 15 candidates. Masa itu, fikiran saya agak celaru, yelah bila fikir candidates yang jauh lebih hebat dari saya, down juga, tapi saya kuatkan semangat. Jauh-jauh travel takkan tiba-tiba hari temuduga sudah mengaku kalah.

Jam pukul 10 pagi, dan di sinilah bermula sesi temuduga saya. Sebenarnya ada kejadian yang agak memalukan sebelum saya masuk ke dalam (hehe), baju kurung yang saya pakai semasa hari kejadian terkoyak pula di bahagian lengan...kalau di belah dalam takpalah juga, ni di belah luar..aduhh.tapi sebelum masuk saya sempat cover tempat yang terkoyak tu dengan tudung, labuhkan tudung ye (hehe). Terima kasih juga pada yang menolong saya (tambah gabra lagi dan kurang confident sebab baju koyak). 

Ok sudah habis sesi cover baju koyak, tarik nafas panjang-panjang dan masuk dengan langkah kanan. Saya dipersilakan masuk dan duduk oleh panel.Wow agak ramai panel yang ada, lebih kurang 6 orang (dan semuanya nampak very professional). Sesi temuduga saya yang pertama, saya disuruh "mock teaching" di hadapan panel. Masa ini, gaya dan keyakinan diri kena tinggi, senyum yang ikhlas (walaupun baju koyak) dan please do make an eye contact with the panels:PENTING:. Selepas 3 slides, saya diminta berhenti dan duduk.

Kemudian saya diminta memperkenalkan diri, apa yang saya tengah buat sekarang, kerja atau belajar, dan kelulusan saya di peringkat sarjana muda. Panel pada mulanya agak terkejut sebab saya berkelulusan BSc. in Medical Laboratory Technology dan saya cuma ambil code untuk genetics dalam satu semester sahaja. Bermaksud teori saya dalam genetics sangatlah kurang (walhal saya mohon untuk TPM genetics), dan panel rasa saya perlu sambung ke pengajian mixed-mode bukannya penyelidikan sepenuh masa. Tapi masa itu saya yakinkan panel walaupun saya mengikuti pengajian penyelidikan sepenuh masa, saya akan menyambung pengajian saya di Pusat Genom iaitu pusat penyelidikan berkaitan genetik yang sudah semestinya saya akan master dalam bidang berkaitan. Salah seorang daripada panel bertanya, sekiranya saya ditukarkan ke pengajian mixed-mode adakah saya bersetuju. Dan jawapan saya, saya setuju tanpa ragu-ragu (tips anda perlu berSETUJU dengan cadangan panel).

Ada lagi soalan-soalan berkaitan ilmiah, basic genetics, pengalaman, setuju atau tidak. Antara soalan-soalan yang masih saya ingat:

1. Differentiate chromosomes, chromatid and chromatin. (I failed to answer it correctly!)
2. If u are a lecturer, what will u do if u have problematic students? (yang ini saya jawab based on 3 approaches: motivate, avoid argumentation, empathy)
3. If u are being transferred to Sabah and Sarawak, will u agree? (Absolutely agree!)
4. How many Faculty of Applied Sciences in Malaysia? (Saya jawab 3, salah ye)
5. Sekiranya saya tak dapat TPM ini what will i do? (Saya jawab, saya akan teruskan minat saya iaitu futher study in genetics).

Itu sahajalah soalan yang masih saya ingat. Sesi temuduga saya ini berjalan lebih kurang 20 minit, sekejap sahaje memandangkan ramai lagi candidate yang menunggu di luar. Dan saya keluar dengan perasaan yang amat lega.

Beberapa lagi panduan temuduga biasiswa skim TPM UiTM atau fellowship di mana-mana Universiti :

1. Pastikan anda familiar dengan visi, misi dan motto universiti tersebut.
2. Pastikan anda tahu siapa top management universiti tersebut.
3. Pastikan anda telah bersedia menyambung pengajian (MSc atau PhD).
4. Pastikan anda mempunyai pengetahuan bidang yang dipohon.
5. Pastikan anda mempunyai bakat dalam mengajar. (sekiranya tiada, praktis dari sekarang).
6. Pastikan anda tahu hala tuju anda, jelas dengan hala tuju.

Pada next entry saya akan cerita pengalaman temuduga biasiswa yang lain, apa yang terjadi dengan temuduga TPM ini. Jumpa lagi dan selamat maju jaya!


With Love,
Shakila Ashari